RM4.50
Apa Itu Sepang Kederang
Air sepang berwarna merah dan kederang berwarna kuning dan apabila kedua-dua direbus air rebusan berwarna jingga. Ia tidak pahit dan boleh di minum ketika menyusukan bayi. Ia digunakan dalam masyarakat melayu Pantai Timur terutamanya untuk rawatan selepas bersalin. Ia digunakan untuk mempercepatkan penyembuhan lu ka dalaman akibat proses bersalin terutamanya masyarakat di pendalaman. Kayu sepang direbus bersama air hingga mendidih dan diminum setiap pagi semasa pantang.Selain untuk menyembuhkan luka ia juga berperanan melancarkan kitar haid selepas bersalin.Ia juga digunakan untuk mengurangkan bengkak dan lebam. Ia boleh juga digunakan untuk mengubati jangkitan kulit seperti gatal-gatal. Air rebusan sepang juga digunakan untuk basuhan vagina untuk mengubati penyakit seperti keputihan.Wanita HAMIL tidak digalakkan menggunakan persediaan herba ini.
* Jika ibu – ibu yang tengah mencari set – set bersalin, tapi rasa semuanya macam terlalu mahal dan kadang – kadang ada yang tidak habis di pakai ketika berpantang, apa kata cuba cara traditional turun temurun.
* Jika Ibu – Ibu berasa was – was dengan produk set berpantang yang ada di pasaran sekarang dan ingin membeli hanya yang di perlukan sahaja, apa kata Ibu – Ibu Mengandung boleh membeli Kayu Sepang Kederang ini yang semestinya asli dan digunakan sejak dahulu lagi.
* Pek Sepang Kederang ini TIDAK di kisar, di proses, di awet atau ditambah bahan kimia, oleh itu kesegaran dan keasliannya adalah tulen.
Khasiat Sepang Kederang dan Untuk Ibu Berpantang
– Baik untuk Ibu yang bersalin normal mahupun bedah untuk merawat luka dalam dan luaran.
– Juga Baik diamalkan oleh ibu yang keguguran untuk merawat luka dalaman.
– Tidak pahit dan boleh diamalkan selepas berpantang dan di bawa seperti air masak kemana – mana kerana ia tidak perlu di panaskan ketika hendak minum dan tidak cepat busuk.
– Menyusutkan bengkak luka bedah dan cepat kering.
– Penawar keputihan, mengeratkan hubungan suami isteri, memebaiki tisu rosak selepas bersalin,kurangkan lelehan mukus,menstabilkan hormon,melancarkan darah,melawaskan buang air besar,memberi tenaga.
– Digunakan oleh orang terdahulu untuk disiram ke tempat jahit akibat bersalin untuk mempercepatkan sembuh luka.
– Membantu tubuh menjadi segar dan bermaya.
– Boleh di ambil ketika menyusukan Bayi.
Manfaat lain selain untuk ibu berpantang. Air rebusan sepang kederang boleh dijadikan air mandi untuk
– Mengurangkan kuning pada bayi
– Menghilangkan gatal- gatal pada kulit.
– Menstabilkan pengedaran darah dalam badan.
– Mengawal darah tinggi & kencing manis.
– Anti penuaan & sebagainya.
Cara – cara menyediakan air sepang kederang
– Campurkan 2L air dan 50g sepang kederang. Biarkan sehingga mendidih dan air
bertukar warna jingga kemerah merahan. Biarkan sejuk, dah boleh minum.
– atau boleh dicampurkan dengan air mandi sekiranya digunakan untuk mandi.
Posted on Paul limTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Chinese Medicine shop with physician. Lots of chinese medicine, herbs, supplements, etc. Their home boiled herbal drinks is good with many varieties to choose from. Parking spaces a bit full during peak hours.Posted on Jack NgTrustindex verifies that the original source of the review is Google. 诚信Posted on Philip PangTrustindex verifies that the original source of the review is Google. 配药方便Posted on chinglee ngTrustindex verifies that the original source of the review is Google. 老板很好,很客气,服务又好。值得顾客再来的药行。Posted on cw liewTrustindex verifies that the original source of the review is Google. There is a resident tcm sinseh available. Doubles up as Chinese medicine shop, reasonable prices, decent range of herbs, friendly people.